Ahad, 12 April 2015

Jom Tanam Sayur Di Halaman Rumah

Image result for tanam sayur di halaman rumahImage result for tanam sayur di halaman rumah

Hai......
Salam sejahtera semua.....

Hari ini saya akan kongsikan cara-cara berkebun di halaman rumah.
Oleh kerana harga sayur-sayuran mahal sekarang jadi lebih baik kita cuba tanam sendiri. Tidak rugi mencubakan....hehehe...




Di sini saya akan kongsikan beberapa perkara asas untuk kita berkebun di halaman rumah.

Bila menanam, biasanya kita guna tanah. Tumbuhan tumbuh di atas tanah, ataupun medium. Tanah adalah bahan yang telah sedia ada di dalam laman di sekeliling runah kita. Tanag berpasir, tanah liat, tanah lom.... semuanya tanah. Medium pula adalah bahan yang biasanya kita gunakan di dalam bekas atau pasu. Ia mungkin mengandung tanah serta bahan-bahan yang lain, misalnya sabut kelapa, kompos, hampas kopi dan sekam padi.

Di dalam proses menanam, tanah membantu dengan menyokong tumbuhan. Jika tanah tidak kukuh, tumbuhan mungkin mudah tumbang. Tanah juga menyimpan udara, air dan nutrien (baja). Tanah mempunyai ciri yang tertentu yang dimanfaatkan oleh tumbuhan. Ini biasanya berkat dengan struktur tanah, keupayaannya menyimpan udara, air dan nutrien.

Misalnya tanah pasir tidak mampu menyimpan air yang banyak kerana unsur pasir agak kasar. Jadi air bebas mengalir menerusi tanah pasir. Kesannya, tanah pasir juga lazimnya kurang bernutrien kerana nutrien yang ada akan terlarut dan hilang bersama air. Walaupun begitu, tanah berpasir mengandungi jumlah udara yang banyak. Udara juga diperlukan oleh tumbuhan. 

Kita mudah kenal tanah berpasir kerana unsur pasir yang besar. Bila disentuh dengan tangan, pasir rasanya kesat. Jika digumpal, tanah pasir akan pecah. Ia tidak menggumpal. Jika dituang air, air akan cepat meresap dan hilang. Jadi, tanah berpasir cepat kering. 

Kebiasaannya, tanah juga mengandungi bahan organik. Bahan organik adalah bahan yang berasal daripada tumbuhan atau haiwan yang telah mati dan mereput. Bagan organik elok kerana ia mempunyai ciri tanah iat dan tanah berpasir. Keupayaannya untuk menyimpan air dan nutrien adalah ciri tanah liat. Keupayaan bahan organik untuk menyimpan udara dan mengalirkan air adalah ciri tanah berpasir. 


Image result for tanam sayur di halaman rumah



Selain itu kita boleh cuba juga menanam sayur-sayuran di dalam pasu.

Image result for tanam sayur di halaman rumah                       Image result for tanam sayur di halaman rumah



Image result for tanam sayur di halaman rumah        Image result for tanam sayur di halaman rumah

Selamat berkebun semua....hehehe...

Resepi Masak Asam Pedas Saya...

Selamat pagi dan salam sejahtera.!

Pada hari ini saya akan mengongsikan satu resepi yang sangat simple.



Nah inilah resepi yang saya akan kongsikan kepada kawan-kawan semua.....
Iaitu resepi ikan masak asam pedas!!!!

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong 
  • 2 biji tomato-belah 4
  • secekak daun kesom-agak2lah ya
  • 1 btng bunga kantan-belah 2
  • 1 btng serai- di ketuk
  • 3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan, dibakar
  • 1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)
  • Air secukupnya -dlm 4 cwn
Cara-Cara
  1. Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau ya.
  3. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
  4. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
  5. Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
  6. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.
Saya harap resepi ini akan membantu anda semua...